/* Variable definitions ==================== */

Tuesday, April 19, 2011

KU TUJU KEPADA MIMI HARIANI..

AKU AMAT SANGAT MERINDUI KAMU... SETIAP KALI AKU MELIHAN GAMBAR MU, AKU SERINGKALI RINDU.. DI HATI KU BERKATA " COL LA MIMI, APABILA KAU RINDUI SAMA DIA" DAN AKU TERUS BERKAT:- AKU MEMANG MERINDUI DIA. TAPI AKU TAKUT DIA BERKATA-KATA "JANGAN GANGGU HIDUP AKU LAGI DAN AKU HARAP KAU PERGI DARI HIDUP AKU"... AKU TAKUT APABILA PERKATA ITU KELUAR DARI MULUNYE SENDIRI.. ERMMMmmmmm.... BILAKAH KITA AKAN BERTAMU SEMULA SEPERTI DAHULU..??? ADAKAH KITA MEMPUNYAI JODOH..??? ADAKAH KAMU TERIMA AKU KEMBALI SEPERTI DAHULU..?? ADAKAH KAMU MASIH MENCINTAI AKU SEPERTI DAHULU..??? AKU BERTANYA2 DALAM HATI...
AKU INGIN MEMBERI TAHU SAMA KAMU...AKU MASIH MENCINTAI KAMU , HATI AKU HANYA KAU SAHAJA BOLAH MEMILIKI , KAU SAHAJA YANG MEMAHAMI PERASAAN AKU.. INI SEMUA DARI HATI AKU YANG IKHLAS DAN SEJUJUR-JUJURNYA.. AKU HARAP JIKA KAMU MEMBACA SEMUA INI DAN MEMAHAMI PERASAAN AKU....

   I  LOVE  U
<<<(MIMI)>>>

Sunday, April 17, 2011

mari kita renong2kan...

            Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menanggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita.
          Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana,selain isu social,ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam – perkahwinan. Kecenderungan penulis merenung isu ini dating dari pengalaman peribadi selama satu dekad.
            Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempumyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda.  Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya  sementara seorang janda dianggap  mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.
      Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.
              Dalam kehidupan realiti , bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis , lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar.Lelaki-lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber-sumber ilmu kesihatan , kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semetinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek-aspek lain ( seperti kemalangan atau sakit ) yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara.Pada hemat penulis , kehilangan dara  dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu , penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus terang kita nyatakan , isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan ( zina ) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita.
              Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan isu ini adalah isu sosial ; bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.
           Penulis percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat ( generasi muda )  mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.
          Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja  - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh.
         Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakt timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara ( sudah melakukan hubungan seks ) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibi bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan merasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat-saat akhir ( seperti kepada tunag atau suaminya ). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunay ketika berusia belasan tahun – dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita ( woman ) bukan lagi anak-anak perempuan ( girl ). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekana perasaan dan penyisihan sosial remaja.
           Secara sedar atau tidak apabila unsur-unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kta kini sedang menganuti idea yang sama.Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?
          Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
Rasanya kita semua sedia maklum.

Belacan & Paku, P Ramlee tribute

Akhil Hayy - Berita Kepada Kawan

Thursday, April 14, 2011

Siluet Luka Hati

Terlalu banyakkah aku bermimpi ?

Terlalu sakitkah hati ini ?
Ku membatu diantara selimut kasihmu
Ku mencari sela di akhir ceritaku

Masihkah Tuhan mau mendengarkanku ?
Masihkah aku harus mencari ?
Ku berlumur lelah bercampur peluh
Kuingin menambatkan hatiku hanya kepadamu

Mengapa hati ini belum bisa menerimamu ?
Mengapa hati ini masih penuh ragu ?
Mengapa cintamu tak terlalu menyentuhku ?
Salahkah aku yang masih tak bisa mencintaimu ?

Ku tangguhkan amarahku di reruntuhan bangunan kasihku
Ku campurkan doa yang membahana untukmu
Mencoba menambatkan bibit kasih hanya untukmu
Walau ragu masih mengurungku dalam sepi

Ku ingin menjadi seseorang yang dapat kau cinta
Menjadi dewi dihatimu
Merajai dirimu yang indah
Mengisi relungmu yang mencipta terang

Tak ingin ku cipta mimpi diantara asa
Tak ingin ku cipta luka diantara cinta
Ku ingin mengurai mimpi
Merangkul bahagia denganmu

Luka ini mengeram begitu dalam
Menghilangkan semua tenagaku
Mengucurkan air mata yang tak terhenti
Malahirkan kabut
dimataku yang perih

Begitu enggankah hati ini hingga tak mampu mencinta ?
Begitu lelahkah aku hingga terus tertidur ?
Tak mampukah ku terjaga ?
Diantara senyum kasihmu yang tegar ?

Selembar Puisi Untukmu Ibu

Dentang nafasmu menyeruak hari hingga senja

Tak ada lelah menggores diwajah ayumu
Tak ada sesal kala semua harus kau lalui
Langkah itu terus berjalan untuk kami
Dua bidadari kecilmu...

Desah mimpimu berlari
mengejar bintang
Berharap kami menjadi mutiara terindahmu
Dalam semua peran yang kau mainkan di bumi
Ini peran terbaikmu

Dalam lelah kau rangkai kata bijak untuk kami
Mengurai senyum disetiap perjalanan kami
Mendera doa disetiap detik nafas kami
Ibu... kau berlian dihati kami

Relung hatimu begitu indah
Hingga kami tak sanggup menggapai dalamnya
Derai air matamu menguntai sebuah harap
Di setiap sholat malammu

Ibu...
Kami hanya ingin menjadi sebuah impian untukmu
Membopong semua mimpimu dalam pundak kami

Ibu...
Jangan benci kami
jika kami membuatmu menangis.