/* Variable definitions ==================== */

Friday, March 25, 2011

Luahan Hati Kekasih KU..

SEJUJURNYA

aku tahu jauh di sudut hati
aku sudah mulai menyukai kamu
aku sudah mulai merindui kamu
aku sudah mulai sayangkan kamu
tapi aku takut, aku takut aku kecewakan kamu

TAPI

sekarang aku sudahpun mengecewakan kamu
melukai dan menghancurkan hati kamu
jauh di sudut hati aku sakit
aku pedih meluahkan apa yang terucap
tapi aku terpaksa melepaskan kamu
itulah yang terbaik buat kamu
aku yakin kamu akan lebih bahagia tanpa aku

WALAUPUN

aku terima dengan rela jika ini suratannya
aku redha jika kkamu membenci aku
tapi aku mahu kamu tahu
walau apa  pun yang berlaku
aku sayangkan kamu
dan akan sentiasa mendoakan kamu
mendoakan kebahagiaan kamu

TERIMA KASIH

kerana sudi singgah di hati aku
walaupun cuma seketika
aku bahagia dengan kehadiran kamu
aku bersyukur di atas kasih sayang yang DIA
hulurkan untuk aku dari kamu
kasih sayang yang tidak akan pernah luput
kecuali DIA mahu ia begitu.......

MELEPASKAN KAMU

bukan bermaksud sayang aku pada kamu
aku hapuskan
tapi aku yakin DIA telah menyediakan sesuatu yang terbaik buat kamu
PERCAYALAH SAYANG
aku tulus menyayangimu
walaupun kita tak mungkin menyatu
tapi aku yakin hidup kamu kan lebih baik tanpa aku................

MAAFKAN AKU...........................

3 comments:

  1. huhuh.. nice post.. nk copy ley.. HAHAH

    ReplyDelete
  2. hahah....
    bleh2....
    1 rangkap seringgit...
    ok x..???

    ReplyDelete
  3. hahha.. bole2.. nnty ak bg,.. HAHHA.. ko nk bank in ke pos ??? AHHAHA

    ReplyDelete